Thursday, December 23, 2010

A million sorry from me


Jadi saya di sini ingin membetulkan keadaan. Saya tahu mungkin saya yang terlalu menggelabah atau saya yang baru tahu semua ni tapi niat saya hanya untuk membetulkan dan menjernihkan keadaan.

Saya rasa semua orang dah salah faham pasal saya ataupun dah fikir lain pasal saya. Semua orang fikir saya jahat , teruk dan sebagainya. Tapi saya nak terangkan dahulu yang saya memang pakai tudung semua tapi itu bukannya nak menutup keburukan yang saya lakukan atau apa-apa sekalipun. Saya ikhlas memakainya untuk memenuhi tuntutan syarak.

Okey mungkin ada pihak-pihak tertentu sudah menyampaikan cerita-cerita buruk pasal saya sehinggakan anda sendiri berasa seperti menyampah untuk bertegur mahupun berkawan dengan saya. Saya nak terangkan disini bahawa anda tidak tahu kesahihan cerita tersebut kalau anda hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja. Jadi nasihat saya, kalau hendakkan penjelasan daripada pihak saya , saya boleh jelaskan untuk menjernihkan keadaan. Saya mintak tolong satu je , tolong jangan menghukum saya dengan sedikit kesalahan yang saya buat sedangkan mungkin saya pernah menjadi kawan anda semua dan pernah senang susah bersama. Saya hanya manusia biasa yang tak lekang daripada melakukan kesalahan.

Anda mungkin boleh mengata , judge saya daripada belakang , bercakap bahawa saya hanya menunjuk baik didepan dan buruk dibelakang. Saya mungkin tidak sedar waktu itu apa yang saya buat mengundang untuk orang mengata , dan memburukkan nama saya sendiri. Jadi saya minta maaf atas semua itu dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Saya tahu semua orang mendoakan agar kawan-kawannya tidak membuat kesilapan seperti itu ini tapi kadang-kadang kita ni leka dan alpa , jadi saya tidak mahu panjang cerita dan hanya mahu meminta maaf dan saya berjanji , tekad tahun baru saya untuk berubah menjadi yang lebih baik. Anda semua pun saya doakan begitu.

Prinsip saya , saya takkan menghukum , mengata orang yang telah melalukan kesilapan tersebut sebab saya tidak tahu kemungkinan satu hari nanti Allah hendak menguji saya pula dan saya takut saya tidak dapat menanggung ujian tersebut dan mungkin lagi teruk daripada orang yang telah melakukan kesilapan tersebut. Mintak jauh :/

Di sini juga saya nak menasihatkan supaya orang yang telah menyebarkan cerita atau masih mempunyai cerita kisah silam saya yang saya rasa sudah berbulan-bulan dan saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa , saya minta anda amanah untuk tidak menyebarkannya lagi. Saya minta anda semua membantu untuk membetulkan diri saya dan bukan untuk menjatuhkan saya. Sokongan anda semua amat amat saya hargai :)

Jadi , semua orang mesti fikir bahawa saya salah kan ? saya sebenarnya masih tidak tahu apa yang orang ceritakan pasal saya , yang pasti sesuatu yang buruk. Jadi saya cuma cakap yang saya salah dan saya berjanji akan berubah dengan kesilapan yang saya buat. Harap anda semua memahami dan harap saya tidak membuat anda tertanya-tanya mahupun terus tidak berkawan dengan saya.

Assalamualaikum.

A lot of love,

No comments:

Post a Comment